Wednesday, 10 October 2012, 23:35
2 lagi kasi jalan
salam... macam biasa ayat aku tiap hari mestilah "waaaaa... da lama tak update blog". ya. aku akan cakap lagi hari ni... lama dah tak update. musim-musim exam ni, harapan laa kan nak update2 ni.. ni pon sebab aku da bosan nak mati tak taw nak buat apa. ok mari bercakap pasal exam, so far 5 paper done, so tinggal 2 lagi. banyak an an an an? aku sumpah pasrah gile la exam kali ni. bagi aku susah laa. lagi2 untuk aku yang tak berapa bijak ni. bila da susah, macam biasa. aku akan marah diri sendiri sebab tak nak belajar dari awal. padahal bagi orang lain senang je sebenarnya. tapi sebab aku pemalas an.. belajar pon last last minit.. so, padan muka laa kau wahai zulaikha sebab tak dapat jawab. haih. ni tinggal lagi 2 paper.. material dengan basic soil mechanics. aku harap senang laa sikit sebab yang subjek material tuu first time ada final. menyampah. buat laa final tuu lepas2 nii ke.. asal laa time aku, terus ada final... da la subjek baca.lemah weh lemah *ele. padahal kira pon kau longlai longlai jugak.. ok. malas nak tulis pepanjang. aku nak melayan running man. bye bye. btw, tak sabar nak balik. nak cium cium kumbang montel niii. :*
makin gemok la kau damia oi
»
Saturday, 25 August 2012, 21:53
aidilfitri 2012
wahwah lama giler tak update blog......... kan aku penah kata semangat time awal-awal je.. da last2 memang hampeh laa.. btw, selamat hari raya aidilfitri. dah raya ketujuh daa hari ni. cepat masa berjalan. esok da nak balik kolej :( raya tahun nii best best best!! sedih nak balik. rasa nak duduk je dekat rumah. macam-macam seminggu nii aku buat. kecuali study laa kan. memang tidak sama sekali. ok, di sini aku sertakan gambar-gambar apa yang aku buat selama seminggu ni untuk diabadikan.
dengan adik perempuan dan lelaki yang muka mintak lempang.
dekat kubur pon jadi laa nk posing. aku tak suka
baju merah mak ngah tuu. tapi terpaksa pakai sebab da tak de
baju lain
ni time aku, tini dengan zainab nak jemput wana dari muar.
wana terharu kitorang datang raya kampung dia dan jemput dia
balik jb
ex ex sekolah dato 2010. raya sakan noooo
kat uma shera jamaluddin
dari kiri : hajar, nana, aku, zainab, wana, fazira, shera, eqyn, yan
tini amek gambar
faz dah alim. hehehe.
sumpah. dia ni yang aku akan paling rindu. sayang kau ketat-ketat
laaa damia
hmmm.......... aku tak nak balik kuantan. kbai
»
Monday, 30 July 2012, 22:28
dugaan... dugaan....
Salam. tajuk je da tunjukkan mood sedih... eceh. bagi aku sedih la weyyy... mana tak an, celik mata pagi ni da pukul 8. kelas pukul 8.30 padahal.. nak sambung tidur tak boleh, takut terlajak so, bangun laa.. lepas tu terus pergi bilik air nak mandi. aku pon masuk laa dalam toilet dulu. buang segala yang patut... dan tiba je time nak cuci, guess what......................... air tak de bhaiiii!!! gelabah gelabah!! memang laa menyumpah diri sendiri time tuu.. "asal aku tak cek dulu air keluar ke tak" lepas da puas menyumpah diri sendiri, sasaran seterusnya ialah pihak kolej semestinya. ahahaha. padan muka ekau!! lepas da sedar tak de air, aku pon keluar laa cek semua paip. beruntung jugak sebab ada satu paip ni function jugak ahh. keluar air. tapi slow giler. dapat laa aku gosok gigi dengan cuci muka. tapi.. habis je aku cuci muka air tuu habis. dah tak keluar. dan time tuu ada orang bagi tahu. bukan blok aku je tak de air. tapi semua blok budak perempuan tak de air.. muka aku memang taik laa an time tuu. sangat berasa tidak selesa. aku pon kejut laa semua kawan-kawan aku untuk menyampaikan berita sedih tuu.. terdengar jugak laa budak-budak junior kecoh-kecoh. ada yang pergi kelas tak mandi.. macam-macam laa... aku dengan kawan-kawan buntu giler tak taw nak cari sumber air kat mana. dah lah ada kelas.. beberapa minit selepas berfikir, aina dengan tiqah bagi idea pergi mandi kat masjid luar. so, tanpa berfikir panjang, kitorang terus sewa kereta, pergi masjid bukit rangin.kitorang terpaksa skip kelas BEL pagi nii.. dan.. sampai je masjid tuu, ramai giler orang. so, cancel. fikir punya fikir, kitorang decide nak pergi panching. tempat macam air terjun jugak ahh... dan sekali lagi, bila dah sampai, terus cancel jugak sebab aina takut nak drive masuk dalam tempat tuu... lepas tu, carik laa tempat lain. dan aina ajak pergi hutan lipur sungai pandan. kitorang pon carik laa jalan.. tetiba termasuk kat satu felda nii.. pastu dah tak taw jalan. so, aku pon tanya laa satu makcik ni.. kat mana hutan lipur tuu. makcik tuu pon tunjuk laa arah ke tempat tuu. sambil tuu dia menjeling ke arah beg yang kitorang bawak. dia tanya, nak pergi mandi air terjun ke? dan.. kami terus terasa bengang. mesti dia ingat kitorang buang tebiat nak pergi mandi air terjun bulan-bulan puasa nii.. kepada makcik, kami terpaksa. so, last-last cancel jugak. dani ajak gi mandi kat wisma apa entah dekat indera mahkota. dan. bila sampai, wisma tuu tutup. mati. tuu je yang aku pikir. dan last punya last aina pon call kakak sedara dia. tumpang mandi kat sana. nasib baik kali nii jadi. huahh! 1 jam lebih hanya carik tempat untuk mandi. haha. hanya kerana nak carik tempat mandi, kitorang sampai tersesat ke lapangan terbang laa, masjid yang menyeramkan dan macam-macam tempat lagi. nasib baik ada sedara aina. terima kasih laa pada akak sedara aina dan family. bagi kitorang tumpang mandi. dan anak dia, irfan tuu sumpah comel. hahaha. lepas da siap-siap mandi da pukul 12 lebih kot time tuu. kitorang singgah bandar,, aina nak buat asb. aku, dani dengat yot dok posing baik punyaa kat dalam kereta sementara tunggu tiqah dengan aina buat urusan. kitorang sampai kolej dah pukul 1 lebih. sampai-sampai je terus pergi kelas sampai petang. balik kelas terus tidur. bangun-bangun da nak maghrib. tak sempat gi bazar. kesian dani kempunan ayam percik.... hahaha.. air masih tak de sampai sekarang. tapi nasib baik ani dengan kak azza dah tarik paip dari luar. so, satu blok Q ni hanya bergantung pada satu paip. esok, tak taw jadi apa. huhh panjang siakkk.... so, konklusinya, sila bayar yuran asrama agar pihak kolej dapat bayar duit air. haha. suka hati aku je... kbai.
»
Tuesday, 24 July 2012, 01:41
berbuka di padang
Location : padang dekat bandar kuantan sebelah masjid negeri
(aku pon tak taw nama padang ni )
feeling : extremely good
food : sangat awesomeeee!
»
Saturday, 21 July 2012, 14:31
selamat berpuasa
"Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan,
bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga
dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat
malam yang lebih baik dari seribu bulan." (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
Salam. alhamdulilah.. dapat lagi merasa puasa tahun ni... hari ni first day puasa dan aku dapat puasa dekat johor bahru. puasa dengan family besar hari ni.. panas wehh hari ni dekat jb. dugaan dugaan. ok malas nak tulis panjang-panjang. juz nak ucapkan selamat berpuasa. :))))
»
Wednesday, 18 July 2012, 10:23
Pagi hari di Library
gambar webcam je. so, tak cantik sangat.
Salam. pagi-pagi da update. nampak tak aku exaited. haha. pagi ini sangat bosan sebab kitorang kena submit first paragraph untuk term paper BEL. dah lah complicated nak buat. lepas tuu, lecturer kitorang macam tak ajar sangat laa cara yang betul nak buat. so, kitorang macam bergantung kat diri sendiri nak pahamkan. so, khidmat encik google amat diperlukan masa buat term paper ni. segala kerja hari ini telah aku siapkan bersama kawan-kawan Byodh, Adani, Aina, Shahrin, Suhaimi kat library. kalau da ramai-ramai buat kerja............ memang laa tak siap. hahaha. tapi tapi tapi.. kami kan pelajar yang rajin dan cemerlang jadi, kerja dapat disiapkan although banyak gangguan. Madam Jett, sila terima first paragraph kami dengan hati yang terbuka ye. jangan suruh kami buat balik. kami tak larat. sobs
»
Tuesday, 17 July 2012, 17:33
Happy Birthday Yunurul!
Salam. semalam 16 Julai 2012 adalah hari lahir senior aku yang amat bijak bestari, comel loteh, pandai baca, pandai kira, pandai imagine, pandai tipu, pandai segalanya lah iaitu YUNURUL ATIKA YAHYA. Jadi, di kesempatan ini aku ingin wish semoga panjang umur kepada kau wahai yun, congrats sebab da masuk 20-an dan semoga kau dapat dean list untuk kali ke 5 sem 5 ni. pandainya kau yun. ahaha. btw, maap la ye semalam kitorang da mandikan kau dengan sebaldi air yang hanya terdapat softlan, bedak dan sabun basuh kepunyaan byodh pada jam hampir menunjukkan pukul 11 malam dan sorry kacau kau tengah study dan dan dan sorry jugak sebab da kencing kau pasal mesin basuh yang kononnya da boleh bukak tempat masuk duit tu. aku taw, kau amat berkobar-kobar nak keluarkan balik rm2 kau tu kan. sorry la ehh. haha. semoga kau ingat lah memori daun pisang semalam tuu sampai akhir hayat kau. sobs sobs. lastly, semoga kau tak regret dapat junior macam kitorang yang asyik membuli kau dan senior lain. ingat lah kitorang sampai bila-bila eh. dan last last last, semoga cepat bertemu jodoh dengan budak UTM tuu... sape nta nama dia. tak ingat aku. kui kui. lagi sekali, happy birthday yun. may Allah bless you.
inilah yun dan kek nya
memandangkan gambar-gambar yang diambil semalam agak keterlaluan pose nya dan masing-masing free hair, gambar ni jela aku abadikan dalam blog aku. *mohon terharu yun*
»
Sunday, 15 July 2012, 14:18
B2ST MIDNIGHT THEME MV
huhhh. dah tak taw nak cakap apa lagi.
jerit sudah, terkinja sudah. harap aku masih boleh mengawal perasaan. HUAAAAAA
»
, 00:59
first track - MIDNIGHT
First track MIDNIGHT SUN mini album by beast dah release about satu jam setengah yang lepas!! whoaa. exaited nyahhh! OK. sekarang je da bape kali aku repeat dengar lagu ni. midnight midnight WHAT THE!!! dah lama rindu diorang dan mereka kembali dgn lagu-lagu yang awesome. seriously!!!! haha hoverr gila aku. padahal baru release first track. kahkah. tapi, peduli apa an. bagi aku beast memang the best. suara dujun memang sangat sexy ya disitu, jun hyung, jangan cakap la an. dia tak rap lagi pon aku da terkinja. yo seob bebeh, suara anda di part chorus tu memang tiada tolok bandingnya lagi. Gi kwang pon awesome jugak, dong woon punya suara memang makin mantap dan hyun seung juga bagus. seperti biasa. hwaaa T_T hidup aku tak tenteram la nampaknya lagi-lagi 22 july nanti.
ok. ini akan menjadi halwa telinga untuk minggu ni. hahaha... ok. stop.stop.
aku sangat tidak sedar diri hari dah malam dan banyak lagi assignment yang wajib disiapkan pada esok hari. tidur lena aku malam ni.. kuikui. kepada tini, untung lah dapat nengok justin bieber depan mata. aku dapat bayangkan, dia memang hensem dan aku sangat jeles kau dapat depan pentas. kbai.
»
Saturday, 14 July 2012, 13:47
BEAST- MIDNIGHT SUN MINI ALBUM TEASER
super duper excited. malam ni first track "midnight" pulak release. high expectation from me. kbai
»
Friday, 13 July 2012, 15:16
friday feeling
Rutin hari ini start pada pukul 8-9.30 pagi. like usual, agak mengantuk even baru bangun tidur dan stress di kelas structure. kira mengira dan kira. pukul 9.30-9.45 release sikit stress sebab sir zack cerita2 lantas melupakan example yang harus diselesaikan di papan putih. 9.45-9.58 keadaan kembali tegang apabila example itu kembali mendapat perhatian sir zack dan harus diselesaikan. 9.58-10.10 cuci mata dekat tingkat 3 blok uitm. 10.10-11 BASIC SOIL is
sucks itu je feeling yang bole didiscribekan pada waktu tuu.. 11-12 terasa nak hentak kepala kat dinding sebab buat soalan maths yang aku rasa soalan dan jawapan tak masuk akal. ( masuk sebenarnya , cuma tahap kebongokan aku yang maximum tu buat aku rasa ia tak masuk akal ). baru aku perasan soalan maths akan jadi unsolved pada hari jumaat. ok fine, alasan lagi. dan dan 12-1 senang hati sebab dapat melantak like hell. 1- 1.15 bertambah senang hati sebab wana call aku dan kami berbual panjang. 1.15- sekarang. feel really good sebab dapat online, bersenang lenang dan omaigad maigad maigad
BEAST TEASER IMAGE untuk album midnight sun dah keluar. menandakan come back mereka sudah semakin hampir!!!! ok. nk bunuh diri sebab tak sabar. muahahaha. 22 JULY 2012. Cepatlah datang : D
ok. stop gedik wahai zulaikha. hmm. btw, congrats pada kawan2 aku yang baru dapat result upu tadi. hebat-hebatnya korang. ada yang dapat upm, ums laa, ump, dan lain-lain. hmm, kepada wana sairan, jangan sedih dan berbelah bagi. kos tuu terbaik untuk kau. percayalah. hahaha. dear FRIDAY, please dont spoilt my mood.
»
Friday, 29 June 2012, 22:56
100 things bout me
100 things bout me!!
1. Name: Nur zulaikha
2.Nicknames: zul, zulaikha, lili? lilot? julikaaa?!!
3. Birthday: 22 April 1993
4. Place of Birth: Johor bahru
5. Zodiac Sign: taurus
6. Male or female: female laaa
8. School: skolah dato'... penggawa timur
9. Occupation: engineer *wanna be*
10. Residence: rumah aku
11. MSN Screen Name: tak wujud
__Your Appearance___
12. Hair Colour: blonde.. cehh
13. Hair Length: extremely short. puihh
14. Eye colour: black
15. Weight: soalan sensitip
16. Height: 16? tak hingat
17. Braces?: no no no
18. Glasses? hopefully not
19. Piercings: both ears
20. Tattoos: No! haram!
21. Righty or Lefty: righty
___Your "Firsts"___
22. First best friend: shazleen i think
23. First Award: nasyid
24. First Sport You Joined: netball
25. First pet: cat
26. First Real Vacation: pulau tioman kot
27. First Concert: BEAST!!!!!!!
28. First Crush: ............no
___ Favourites___
29. Movie:. terlalu banyak
30. TV programme: kpop music programme
31. Colour: pink. gurly
32. Singer: p ramlee. hwahaha
33. Group : beast, btob, exo, 1D . too many
34. Song Right Now: more than this (one direction)
35. Good Friends: Tini, Wana, Adani, Byodh
36. Sweets : many
37. Sport to Play: soccer. can?
38. Restaurant: santai. lately
39. Favourite brand: converse.
40. Store: many
41. School Subject: bahasa melayu bahasa ibunda
42. Animal: lion
43. Book: CALCULUS II FOR ENGINEER. *MOHON PERASAN*
44. Magazine: e-pop
45. Shoes: not branded.
__Currently___
46. Feeling: undescribe
47. Single or Taken: single and forever aloness. ahaks
48. Have a crush: why crush again? next!
49. Eating: nasi standed. if mara belum masuk
50. Drinking: chrysanthemum tea
52. Online? everyday ><
53. Listening To: beast and one direction
54. Thinking About: family. and unsolved math question
55. Waiting For: money to come
56. Watching: Computer screen
57. Wearing: tshirt and seluar tidur
___Your Future___
58. Want Kids? yeahh
59. Want to be married? yes yes
60. Careers in Mind: engineer full time housewife with a lot
of knowledge and ofcoz MONEY
61. Where do you want to live: south korea
62. Car : bmw.. paling cikai
__Which is Better With The Opposite Sex___
63. Hair colour: black is the best. matching all time
64. Hair length: not too long
65. Eye colour: brown.. auwww
66. Measurments:???
67. Cute or Sexy: hot. please...
68. Lips or Eyes: eyes
69. Hugs or Kisses: .... next
70. Short or Tall: tall. tolong laa tall
71. Easygoing or serious: easygoing.
72. Romantic or Spontaneous: both.
73. Fatty or Skinny: not too skinny. tak selera. haha
74. Sensitive or Loud: both. can ahh?
75. Hook-up or Relationship: Relationship
76. Sweet or Caring: both.
77. Trouble Maker or Hesitant: trouble maker. haha
___Have you ever______
78. Kissed a Stranger:??astaghfirllahalazim. no!
79. Had Alcohol: no. and always no
80. Smoked: lagi lahh No!
81. Ran Away From home: maybe. hahaha. ooo.TIDAK!
82: Broke a bone: so far no.
83. Got an X-ray: yep
84. broken a bone in sum1 elsez body: no. jahat nohh
85. Broken Someone’s Heart: always i think.
86. Broke Up With Someone: nevaaa!
87. Cried When Someone Died: yes :'(
88. Cried At School: yeah yeah yeah
___Do You Believe In___
89. God: always
90. Miracles: kinda. depends
91. Love At First sight: bole laa. tak de pcaya sangat
93. Aliens: .. sometimes.
94. Soul Mates: yes
95. Heaven: absolutely YES
96. Hell: YES. wujud
97. Angels: yes.
98. Kissing on The First Date: HARAM
99. Horoscopes: suka baca. but believe? no.
»
Wednesday, 27 June 2012, 00:01
dear zulaikha,
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)
dan , hari ni Allah bukak mata aku seluas-luasnya untuk bezakan yang mana betul-betul permata, yang mana cuma kaca. yang mana betul-betul ikhlas, yang mana hanya berpura-pura. kadangkala kita tak sedar siapa yang selalu disisi kita. alhamdulillah.
»
Monday, 25 June 2012, 16:19
for today
Things I learnt from Beast :
"Being a second choice is not what we must shame about. Prove to everyone that we can surprised them without they knowing."
-tumblr-
»
, 00:36
aku dalam dilema
ok. sekarang nk meluah perasaan. memang aku sangat dilema. komfius. keliru. blurr dan banyak lagi perasaan yg terpendam. cehh ayat. aku tak taw laa... sejak2 da masuk sem 3 nii aku macam da dapat rasa semakin ketidak serasiannya aku dengan kos yang aku amek nii. memang laa lumrah dan fitrah alam makin kita nak ke satu level yang lagi tinggi, makin susah laa. yang aku nii pulak jenis bangsa tak reti nak bersusah. nak benda yang senang je... tapi nak berjaya laa konon. nk duit banyak, nak kerja best2.. so, dapat sekali belajar benda susah, da start merungut.. ye. itulah aku. baru nak masuk 3 weeks belajar. aku da dapat gambaran laa sikit penderitaan aku sem nii. 8 subjek.20 kredit hour *tembak diri sendiri* da laa tough2 wehhh... kadang2 aku terfikir ish. apasal aku amek kos ni. knapa aku amek kos nii. bodonya aku amek kos nii. berguni-guni soalan dalam kepala otak aku nii.
sebenarnya dari awal masuk sem hari tuu aku da fikir2, fikir nak keluar dari kolej nii, nak amek kos lain. aku nak study dekat2 dgn rumah aku je. so, tak de laa home sick sangat an. untuk tidak menyerabutkan kepala otak aku yang sedia serabut ni, aku ada laa tanya opinion beberapa orang...........
dan dukacitanya dimaklumkan bahawa hampir 98% tidak bersetuju langsung dengan keputusan aku untuk keluar dari kolej ni..
ramai yang cakap "alaa... habiskan jela, lagi 3 sem je pon.rugi" "sabar wehh sabar... habiskan." "aku pon tak sokong kau nak berhenti " aku kaciwa kerana tiada yang support keputusan aku T_T maka aku pon mengambil langkah dengan bertanyakan soalan ini kepada ibu. aku konfiden ibu mesti sokong aku.dengan harapan menggunung, aku pon tanya pendapat ibu . lalu dengan muka penuh kasih sayang ibu pon menjawab "haa... baguslah kak. kalau rasa dah tak bole tuu, berhenti je. duduk rumah senang. lagi bagus. jangan risau. cukup bulan ibu kasi elaun jugak. macam mara"
dan aku akan merasakan akulah anak paling beruntung di muka bumi ini. syurga nyaaaaaaaaa
tapi......
langit tak selalunya cerah *tetiba*dialog yang ku impi-impikan itu tidak terkeluar dari mulut ibu :'(
realitinya:
"tak payah nak ngada-ngada laa kak... habiskan jela. bukan tak boleh bawak terus. jangan buat kerja separuh jalan"
dan aku... T________________________T
hmm.. mungkin lagi senang cakap dari merasa. aku bukan nya pandai sangat. basic pon takde. main terjah je masuk. aku tak blame 100% dekat kos nii yang membuatkan aku tak suka nak belaja. lagi satu masalah aku kat sini ialah environment. setulusnya aku cakap, aku bosan dengan tempat ni. mungkin aku still tak terima hakikat aku kne blajar kat sini. ada satu undescribe feeling tak suka ni. tapi tak taw apa.
aku cuma doa jela tiap hari biar aku bertahan kat sini. nasib ada kawan-kawan yang selalu support.
aku akan cuba bertahan demi Allah dengan ibu ayah. God, please give me some strength!! i really need it..tuuu je... assalamualaikum..
OMOMOMO nasib baik beast nak comeback next month. ada lahh life lagi aku ni *sekali lagi tetiba*.
»
Saturday, 23 June 2012, 20:38
batu itu hitam
Location : Black stone beach, Kuantan. (tak payah nak beach sangat laa wehh)
»
Wednesday, 20 June 2012, 23:40
semoga hari esok.......
semoga hari esok....................
semoga esok2 lagi best dari hari ni... hmm.. rajin pulak aku nak menaip malam2 ni, biasalah, awal2 rajin laa nk taip2, lama2, berkubur jugak blog ni. trust my words. hari ni, biasa2 je. tak de apa2 yg istimewa pon. pasal study... td first time kelas material. dan sumpah aku mengantuk gilerr.... mesti setan tga dok melompat2 atas mata aku sambil nyanyi biar aku lena tido time tuu... dan di sebelah petang, hang out kejap laa ke teluk chempedak. tuu jelaa pon tempat yang ada kalau nak lepak. dan paling penting, gian aku nak bercool blog tercapai. k bai. assalamualaikum.
»
Monday, 18 June 2012, 12:33
bla
kepada masalah,
anda diminta segera pergi dari hidup nur zulaikha zolkeply
sekian.
»
Sunday, 17 June 2012, 00:37
HAPPY FATHERS DAY AYAH !!!!
Sekarang menunjukkan jam 12.10 a.m bertarikh 17 Jun 2012. (ketika post ini sedang ditulis)... satu dunia tahu. kot. hari ni hari bapa. aku tahu ramai yang cakap dosa kalau sambut hari bapa. aku tak nak menidakkan benda tu, cuma, aku rasa hari bapa ni jelah hari yang special sikit untuk bapa-bapa. maksudnya, dengan adanya hari bapa ni, orang akan lebih ingat kat bapak diorang. termasuk laaa aku. tapi tak bermakna hari lain tak payah ingat. ok. sempena hari bapa ni, aku nak cite laa sikit pasal bapak aku.. antara orang yang paling aku sayang dalam dunia ni. encik ZOLKEPLY ZAINAL. Nama ni memang akan ada dalam hati aku sampai bila-bila. Ayah...... yes. yes. yes. kalau sape je yang first time nengok bapak aku, first impression memang akan cakap ish. orang ni garang, bengis, tegas dan lain2 lain lagi. memang sangat tak dinafikan sifat-sifat tuu memang ada dalam diri beliau. sampai first impression tuu pon melekat kat aku. bila orang nengok aku first time akan tros cop aku huii budak ni sombong, muka ketat. mungkin menurun laa kot dari bapak aku.. but. hello. please. dont judge a book by its cover. ok sambung balik pasal bapak aku tadi, bila dah kenal, akan taw, dialah bapak yang paling sporting yang adoo kat dunio nihh... ayah tak pernah belakangkan family. dia buat semua untuk family. even family aku bukan nye kaya-raya sangat, but aku rasa sempurna. relationship kami adik bradik dengan ayah macam kawan. boleh share apa je... hmmm.. kadang-kadang aku terfikir, kalau tak de ayah, apa jadi dgn hidup aku. mati weyy mati. ayah tak pernah fikir negatif kat kitorang adik-bradik even kekadang kami memang buat pon salah tuu. yang paling best pasal bapak aku ni, dia sangat paham jiwa muda! hahahaha. dia tak larang apa yang aku nak buat asalkan aku taw lagi laa batas2 yang aku patut taw. dia bagi kebebasan kat aku nak buat apa je keputusan.aku amat bersyukur. pokoknya, di mata aku, bapak aku memang tak de galang ganti dah. dia yang TERRRRBAIK!!!
"Dear my beloved ayah,
ayah, selamat hari bapa. terima kasih atas segala yang ayah korbankan dan buat untuk family kita. kakak mintak maaf kalau selalu susahkan ayah... insyaallah kakak akan buat yang terbaik dalam apa je yang kakak buat. ayah memang the best. semoga ayah sihat selalu dan sentiasa bahagia. even kita jauh, kakak tak pernah lupakan ayah. im always miss you and ibu. i swear. always. kakak nak sangat cakap semua nii real-real depan ayah, tapi kakak macam maluu sikit laa. nanti ayah cakap kakak geli- geli pulak kan.... hahaha. apepon, keep rocking dad! may Allah bless you.. i love you very vey much and really miss you *hugss*
Ok. post ini sangat panjang. but, peduli apa ann.. suka hati aku laa blog aku. tadi, ayah da call aku setelah beberapa hari tak call.... kepada cik bee, "bapak aku sayang aku lagi la weyyy!!!!!" hahahahaha. thats all for today.. Happy fathers day lagi sekali buat my father and all father yang ada kat luar sana. buat abang aku zolhelmy, happy fathers day jugak. first time rasa kan... :) oohhh, before terlupa, thanks adani, yot, kak mai, yun and ani. best lepak tadi. even kena saman pon, tak mengapalah. ok, assalamualaikum.
»
Friday, 15 June 2012, 21:36
seriously, RINDU kalian :'(
ok. tajuk dah sedih. tapi itu memang hakikat okeyyy..... sangat amat terlalu merindui insan-insan seperti family. the most. dan dan dan ya. dua orang itu. dan ha.... my baby baby baby woooo ~~ damia nadrah yang gemuukk itu.... ketahuilah sesungguhnya aku amat merindui kalian. dan ketahuilah kalian2 semua sesungguhnya aku amat bosan dekat sini. kepada yang tak taw, meh aku bagi taw kan, kuantan sangat bosan. seriously. seriously. aku taw, akan ada dua orang yang sangat setuju dengan pandangan aku ini.
hari ini baru hari jumaat. weekend tak taw nak buat apa. mungkin akan hanya menternak lebih banyak lemak . yes. tido tido. bangun makan, online, lepas tuu tido balik. ok. sebab tuu gemooook. huwwwww.
miss you two. huuuuuuu :'(
ye. ni main try je :D
damianadrahdamianadrah yang tembam
dan paling penting, sangat rindu ayah ibu. tadi aku call ayah, tak angkat. yot cakap "zul, bapak kau dah tak sayang kau"... ok fine.
kepada hartini yang budiman, thanks ok.
intenet lembap.k bai
»
Wednesday, 13 June 2012, 13:06
OK. aku pun nak ada :3
ok. sumpah tak taw nak cakap apa..... cuma aku nak cakap aku nak jugak ada blog sebab orang lain ada... bolehkah? hahaha.. tak tak tak. ianya lebih kepada sebab aku amat memerlukan medium untuk melepaskan stress yang berguni-guni nii..... kepada HARTINI OMAR,, aku taw kau akan baca post ni.. baca tau. baca. sila buat apa yang patut pada blog ni kerana aku sesangat buta IT. kan kau taw dari dulu. first email aku pon kan hasil air tangan kau. sekian terima kasih.
»