ok. sekarang nk meluah perasaan. memang aku sangat dilema. komfius. keliru. blurr dan banyak lagi perasaan yg terpendam. cehh ayat. aku tak taw laa... sejak2 da masuk sem 3 nii aku macam da dapat rasa semakin ketidak serasiannya aku dengan kos yang aku amek nii. memang laa lumrah dan fitrah alam makin kita nak ke satu level yang lagi tinggi, makin susah laa. yang aku nii pulak jenis bangsa tak reti nak bersusah. nak benda yang senang je... tapi nak berjaya laa konon. nk duit banyak, nak kerja best2.. so, dapat sekali belajar benda susah, da start merungut.. ye. itulah aku. baru nak masuk 3 weeks belajar. aku da dapat gambaran laa sikit penderitaan aku sem nii. 8 subjek.20 kredit hour *tembak diri sendiri* da laa tough2 wehhh... kadang2 aku terfikir ish. apasal aku amek kos ni. knapa aku amek kos nii. bodonya aku amek kos nii. berguni-guni soalan dalam kepala otak aku nii.
sebenarnya dari awal masuk sem hari tuu aku da fikir2, fikir nak keluar dari kolej nii, nak amek kos lain. aku nak study dekat2 dgn rumah aku je. so, tak de laa home sick sangat an. untuk tidak menyerabutkan kepala otak aku yang sedia serabut ni, aku ada laa tanya opinion beberapa orang...........
dan dukacitanya dimaklumkan bahawa hampir 98% tidak bersetuju langsung dengan keputusan aku untuk keluar dari kolej ni..
ramai yang cakap "alaa... habiskan jela, lagi 3 sem je pon.rugi" "sabar wehh sabar... habiskan." "aku pon tak sokong kau nak berhenti " aku kaciwa kerana tiada yang support keputusan aku T_T maka aku pon mengambil langkah dengan bertanyakan soalan ini kepada ibu. aku konfiden ibu mesti sokong aku.dengan harapan menggunung, aku pon tanya pendapat ibu . lalu dengan muka penuh kasih sayang ibu pon menjawab "haa... baguslah kak. kalau rasa dah tak bole tuu, berhenti je. duduk rumah senang. lagi bagus. jangan risau. cukup bulan ibu kasi elaun jugak. macam mara"
dan aku akan merasakan akulah anak paling beruntung di muka bumi ini. syurga nyaaaaaaaaa
tapi......
langit tak selalunya cerah *tetiba*dialog yang ku impi-impikan itu tidak terkeluar dari mulut ibu :'(
realitinya:
"tak payah nak ngada-ngada laa kak... habiskan jela. bukan tak boleh bawak terus. jangan buat kerja separuh jalan"
dan aku... T________________________T
hmm.. mungkin lagi senang cakap dari merasa. aku bukan nya pandai sangat. basic pon takde. main terjah je masuk. aku tak blame 100% dekat kos nii yang membuatkan aku tak suka nak belaja. lagi satu masalah aku kat sini ialah environment. setulusnya aku cakap, aku bosan dengan tempat ni. mungkin aku still tak terima hakikat aku kne blajar kat sini. ada satu undescribe feeling tak suka ni. tapi tak taw apa.
aku cuma doa jela tiap hari biar aku bertahan kat sini. nasib ada kawan-kawan yang selalu support.
aku akan cuba bertahan demi Allah dengan ibu ayah. God, please give me some strength!! i really need it..tuuu je... assalamualaikum..
OMOMOMO nasib baik beast nak comeback next month. ada lahh life lagi aku ni *sekali lagi tetiba*.
»
2 Comments:
kite rase yg same wehh..
aku sudah espresikan apa yg kau rasa. sob sob
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home