Monday, 30 July 2012, 22:28
dugaan... dugaan....
Salam. tajuk je da tunjukkan mood sedih... eceh. bagi aku sedih la weyyy... mana tak an, celik mata pagi ni da pukul 8. kelas pukul 8.30 padahal.. nak sambung tidur tak boleh, takut terlajak so, bangun laa.. lepas tu terus pergi bilik air nak mandi. aku pon masuk laa dalam toilet dulu. buang segala yang patut... dan tiba je time nak cuci, guess what......................... air tak de bhaiiii!!! gelabah gelabah!! memang laa menyumpah diri sendiri time tuu.. "asal aku tak cek dulu air keluar ke tak" lepas da puas menyumpah diri sendiri, sasaran seterusnya ialah pihak kolej semestinya. ahahaha. padan muka ekau!! lepas da sedar tak de air, aku pon keluar laa cek semua paip. beruntung jugak sebab ada satu paip ni function jugak ahh. keluar air. tapi slow giler. dapat laa aku gosok gigi dengan cuci muka. tapi.. habis je aku cuci muka air tuu habis. dah tak keluar. dan time tuu ada orang bagi tahu. bukan blok aku je tak de air. tapi semua blok budak perempuan tak de air.. muka aku memang taik laa an time tuu. sangat berasa tidak selesa. aku pon kejut laa semua kawan-kawan aku untuk menyampaikan berita sedih tuu.. terdengar jugak laa budak-budak junior kecoh-kecoh. ada yang pergi kelas tak mandi.. macam-macam laa... aku dengan kawan-kawan buntu giler tak taw nak cari sumber air kat mana. dah lah ada kelas.. beberapa minit selepas berfikir, aina dengan tiqah bagi idea pergi mandi kat masjid luar. so, tanpa berfikir panjang, kitorang terus sewa kereta, pergi masjid bukit rangin.kitorang terpaksa skip kelas BEL pagi nii.. dan.. sampai je masjid tuu, ramai giler orang. so, cancel. fikir punya fikir, kitorang decide nak pergi panching. tempat macam air terjun jugak ahh... dan sekali lagi, bila dah sampai, terus cancel jugak sebab aina takut nak drive masuk dalam tempat tuu... lepas tu, carik laa tempat lain. dan aina ajak pergi hutan lipur sungai pandan. kitorang pon carik laa jalan.. tetiba termasuk kat satu felda nii.. pastu dah tak taw jalan. so, aku pon tanya laa satu makcik ni.. kat mana hutan lipur tuu. makcik tuu pon tunjuk laa arah ke tempat tuu. sambil tuu dia menjeling ke arah beg yang kitorang bawak. dia tanya, nak pergi mandi air terjun ke? dan.. kami terus terasa bengang. mesti dia ingat kitorang buang tebiat nak pergi mandi air terjun bulan-bulan puasa nii.. kepada makcik, kami terpaksa. so, last-last cancel jugak. dani ajak gi mandi kat wisma apa entah dekat indera mahkota. dan. bila sampai, wisma tuu tutup. mati. tuu je yang aku pikir. dan last punya last aina pon call kakak sedara dia. tumpang mandi kat sana. nasib baik kali nii jadi. huahh! 1 jam lebih hanya carik tempat untuk mandi. haha. hanya kerana nak carik tempat mandi, kitorang sampai tersesat ke lapangan terbang laa, masjid yang menyeramkan dan macam-macam tempat lagi. nasib baik ada sedara aina. terima kasih laa pada akak sedara aina dan family. bagi kitorang tumpang mandi. dan anak dia, irfan tuu sumpah comel. hahaha. lepas da siap-siap mandi da pukul 12 lebih kot time tuu. kitorang singgah bandar,, aina nak buat asb. aku, dani dengat yot dok posing baik punyaa kat dalam kereta sementara tunggu tiqah dengan aina buat urusan. kitorang sampai kolej dah pukul 1 lebih. sampai-sampai je terus pergi kelas sampai petang. balik kelas terus tidur. bangun-bangun da nak maghrib. tak sempat gi bazar. kesian dani kempunan ayam percik.... hahaha.. air masih tak de sampai sekarang. tapi nasib baik ani dengan kak azza dah tarik paip dari luar. so, satu blok Q ni hanya bergantung pada satu paip. esok, tak taw jadi apa. huhh panjang siakkk.... so, konklusinya, sila bayar yuran asrama agar pihak kolej dapat bayar duit air. haha. suka hati aku je... kbai.
»
2 Comments:
esok nak jugak tau ayam percik tu,kesian aku dengan kad merah tak dapat nak beli.sob sob.
tolong laa.. hhari ni nak pizza.... :(
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home