Monday, 30 July 2012, 22:28
dugaan... dugaan....
Salam. tajuk je da tunjukkan mood sedih... eceh. bagi aku sedih la weyyy... mana tak an, celik mata pagi ni da pukul 8. kelas pukul 8.30 padahal.. nak sambung tidur tak boleh, takut terlajak so, bangun laa.. lepas tu terus pergi bilik air nak mandi. aku pon masuk laa dalam toilet dulu. buang segala yang patut... dan tiba je time nak cuci, guess what......................... air tak de bhaiiii!!! gelabah gelabah!! memang laa menyumpah diri sendiri time tuu.. "asal aku tak cek dulu air keluar ke tak" lepas da puas menyumpah diri sendiri, sasaran seterusnya ialah pihak kolej semestinya. ahahaha. padan muka ekau!! lepas da sedar tak de air, aku pon keluar laa cek semua paip. beruntung jugak sebab ada satu paip ni function jugak ahh. keluar air. tapi slow giler. dapat laa aku gosok gigi dengan cuci muka. tapi.. habis je aku cuci muka air tuu habis. dah tak keluar. dan time tuu ada orang bagi tahu. bukan blok aku je tak de air. tapi semua blok budak perempuan tak de air.. muka aku memang taik laa an time tuu. sangat berasa tidak selesa. aku pon kejut laa semua kawan-kawan aku untuk menyampaikan berita sedih tuu.. terdengar jugak laa budak-budak junior kecoh-kecoh. ada yang pergi kelas tak mandi.. macam-macam laa... aku dengan kawan-kawan buntu giler tak taw nak cari sumber air kat mana. dah lah ada kelas.. beberapa minit selepas berfikir, aina dengan tiqah bagi idea pergi mandi kat masjid luar. so, tanpa berfikir panjang, kitorang terus sewa kereta, pergi masjid bukit rangin.kitorang terpaksa skip kelas BEL pagi nii.. dan.. sampai je masjid tuu, ramai giler orang. so, cancel. fikir punya fikir, kitorang decide nak pergi panching. tempat macam air terjun jugak ahh... dan sekali lagi, bila dah sampai, terus cancel jugak sebab aina takut nak drive masuk dalam tempat tuu... lepas tu, carik laa tempat lain. dan aina ajak pergi hutan lipur sungai pandan. kitorang pon carik laa jalan.. tetiba termasuk kat satu felda nii.. pastu dah tak taw jalan. so, aku pon tanya laa satu makcik ni.. kat mana hutan lipur tuu. makcik tuu pon tunjuk laa arah ke tempat tuu. sambil tuu dia menjeling ke arah beg yang kitorang bawak. dia tanya, nak pergi mandi air terjun ke? dan.. kami terus terasa bengang. mesti dia ingat kitorang buang tebiat nak pergi mandi air terjun bulan-bulan puasa nii.. kepada makcik, kami terpaksa. so, last-last cancel jugak. dani ajak gi mandi kat wisma apa entah dekat indera mahkota. dan. bila sampai, wisma tuu tutup. mati. tuu je yang aku pikir. dan last punya last aina pon call kakak sedara dia. tumpang mandi kat sana. nasib baik kali nii jadi. huahh! 1 jam lebih hanya carik tempat untuk mandi. haha. hanya kerana nak carik tempat mandi, kitorang sampai tersesat ke lapangan terbang laa, masjid yang menyeramkan dan macam-macam tempat lagi. nasib baik ada sedara aina. terima kasih laa pada akak sedara aina dan family. bagi kitorang tumpang mandi. dan anak dia, irfan tuu sumpah comel. hahaha. lepas da siap-siap mandi da pukul 12 lebih kot time tuu. kitorang singgah bandar,, aina nak buat asb. aku, dani dengat yot dok posing baik punyaa kat dalam kereta sementara tunggu tiqah dengan aina buat urusan. kitorang sampai kolej dah pukul 1 lebih. sampai-sampai je terus pergi kelas sampai petang. balik kelas terus tidur. bangun-bangun da nak maghrib. tak sempat gi bazar. kesian dani kempunan ayam percik.... hahaha.. air masih tak de sampai sekarang. tapi nasib baik ani dengan kak azza dah tarik paip dari luar. so, satu blok Q ni hanya bergantung pada satu paip. esok, tak taw jadi apa. huhh panjang siakkk.... so, konklusinya, sila bayar yuran asrama agar pihak kolej dapat bayar duit air. haha. suka hati aku je... kbai.
»
Tuesday, 24 July 2012, 01:41
berbuka di padang
Location : padang dekat bandar kuantan sebelah masjid negeri
(aku pon tak taw nama padang ni )
feeling : extremely good
food : sangat awesomeeee!
»
Saturday, 21 July 2012, 14:31
selamat berpuasa
"Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan,
bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga
dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat
malam yang lebih baik dari seribu bulan." (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
Salam. alhamdulilah.. dapat lagi merasa puasa tahun ni... hari ni first day puasa dan aku dapat puasa dekat johor bahru. puasa dengan family besar hari ni.. panas wehh hari ni dekat jb. dugaan dugaan. ok malas nak tulis panjang-panjang. juz nak ucapkan selamat berpuasa. :))))
»
Wednesday, 18 July 2012, 10:23
Pagi hari di Library
gambar webcam je. so, tak cantik sangat.
Salam. pagi-pagi da update. nampak tak aku exaited. haha. pagi ini sangat bosan sebab kitorang kena submit first paragraph untuk term paper BEL. dah lah complicated nak buat. lepas tuu, lecturer kitorang macam tak ajar sangat laa cara yang betul nak buat. so, kitorang macam bergantung kat diri sendiri nak pahamkan. so, khidmat encik google amat diperlukan masa buat term paper ni. segala kerja hari ini telah aku siapkan bersama kawan-kawan Byodh, Adani, Aina, Shahrin, Suhaimi kat library. kalau da ramai-ramai buat kerja............ memang laa tak siap. hahaha. tapi tapi tapi.. kami kan pelajar yang rajin dan cemerlang jadi, kerja dapat disiapkan although banyak gangguan. Madam Jett, sila terima first paragraph kami dengan hati yang terbuka ye. jangan suruh kami buat balik. kami tak larat. sobs
»
Tuesday, 17 July 2012, 17:33
Happy Birthday Yunurul!
Salam. semalam 16 Julai 2012 adalah hari lahir senior aku yang amat bijak bestari, comel loteh, pandai baca, pandai kira, pandai imagine, pandai tipu, pandai segalanya lah iaitu YUNURUL ATIKA YAHYA. Jadi, di kesempatan ini aku ingin wish semoga panjang umur kepada kau wahai yun, congrats sebab da masuk 20-an dan semoga kau dapat dean list untuk kali ke 5 sem 5 ni. pandainya kau yun. ahaha. btw, maap la ye semalam kitorang da mandikan kau dengan sebaldi air yang hanya terdapat softlan, bedak dan sabun basuh kepunyaan byodh pada jam hampir menunjukkan pukul 11 malam dan sorry kacau kau tengah study dan dan dan sorry jugak sebab da kencing kau pasal mesin basuh yang kononnya da boleh bukak tempat masuk duit tu. aku taw, kau amat berkobar-kobar nak keluarkan balik rm2 kau tu kan. sorry la ehh. haha. semoga kau ingat lah memori daun pisang semalam tuu sampai akhir hayat kau. sobs sobs. lastly, semoga kau tak regret dapat junior macam kitorang yang asyik membuli kau dan senior lain. ingat lah kitorang sampai bila-bila eh. dan last last last, semoga cepat bertemu jodoh dengan budak UTM tuu... sape nta nama dia. tak ingat aku. kui kui. lagi sekali, happy birthday yun. may Allah bless you.
inilah yun dan kek nya
memandangkan gambar-gambar yang diambil semalam agak keterlaluan pose nya dan masing-masing free hair, gambar ni jela aku abadikan dalam blog aku. *mohon terharu yun*
»
Sunday, 15 July 2012, 14:18
B2ST MIDNIGHT THEME MV
huhhh. dah tak taw nak cakap apa lagi.
jerit sudah, terkinja sudah. harap aku masih boleh mengawal perasaan. HUAAAAAA
»
, 00:59
first track - MIDNIGHT
First track MIDNIGHT SUN mini album by beast dah release about satu jam setengah yang lepas!! whoaa. exaited nyahhh! OK. sekarang je da bape kali aku repeat dengar lagu ni. midnight midnight WHAT THE!!! dah lama rindu diorang dan mereka kembali dgn lagu-lagu yang awesome. seriously!!!! haha hoverr gila aku. padahal baru release first track. kahkah. tapi, peduli apa an. bagi aku beast memang the best. suara dujun memang sangat sexy ya disitu, jun hyung, jangan cakap la an. dia tak rap lagi pon aku da terkinja. yo seob bebeh, suara anda di part chorus tu memang tiada tolok bandingnya lagi. Gi kwang pon awesome jugak, dong woon punya suara memang makin mantap dan hyun seung juga bagus. seperti biasa. hwaaa T_T hidup aku tak tenteram la nampaknya lagi-lagi 22 july nanti.
ok. ini akan menjadi halwa telinga untuk minggu ni. hahaha... ok. stop.stop.
aku sangat tidak sedar diri hari dah malam dan banyak lagi assignment yang wajib disiapkan pada esok hari. tidur lena aku malam ni.. kuikui. kepada tini, untung lah dapat nengok justin bieber depan mata. aku dapat bayangkan, dia memang hensem dan aku sangat jeles kau dapat depan pentas. kbai.
»
Saturday, 14 July 2012, 13:47
BEAST- MIDNIGHT SUN MINI ALBUM TEASER
super duper excited. malam ni first track "midnight" pulak release. high expectation from me. kbai
»
Friday, 13 July 2012, 15:16
friday feeling
Rutin hari ini start pada pukul 8-9.30 pagi. like usual, agak mengantuk even baru bangun tidur dan stress di kelas structure. kira mengira dan kira. pukul 9.30-9.45 release sikit stress sebab sir zack cerita2 lantas melupakan example yang harus diselesaikan di papan putih. 9.45-9.58 keadaan kembali tegang apabila example itu kembali mendapat perhatian sir zack dan harus diselesaikan. 9.58-10.10 cuci mata dekat tingkat 3 blok uitm. 10.10-11 BASIC SOIL is
sucks itu je feeling yang bole didiscribekan pada waktu tuu.. 11-12 terasa nak hentak kepala kat dinding sebab buat soalan maths yang aku rasa soalan dan jawapan tak masuk akal. ( masuk sebenarnya , cuma tahap kebongokan aku yang maximum tu buat aku rasa ia tak masuk akal ). baru aku perasan soalan maths akan jadi unsolved pada hari jumaat. ok fine, alasan lagi. dan dan 12-1 senang hati sebab dapat melantak like hell. 1- 1.15 bertambah senang hati sebab wana call aku dan kami berbual panjang. 1.15- sekarang. feel really good sebab dapat online, bersenang lenang dan omaigad maigad maigad
BEAST TEASER IMAGE untuk album midnight sun dah keluar. menandakan come back mereka sudah semakin hampir!!!! ok. nk bunuh diri sebab tak sabar. muahahaha. 22 JULY 2012. Cepatlah datang : D
ok. stop gedik wahai zulaikha. hmm. btw, congrats pada kawan2 aku yang baru dapat result upu tadi. hebat-hebatnya korang. ada yang dapat upm, ums laa, ump, dan lain-lain. hmm, kepada wana sairan, jangan sedih dan berbelah bagi. kos tuu terbaik untuk kau. percayalah. hahaha. dear FRIDAY, please dont spoilt my mood.
»